Friday, August 5, 2016

Kepentingan Keluarga

Kenapa keluarga penting?
Kepentingan keluarga

Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Ia mengekalkan kehidupan manusia dan kebudayaan, meneruskan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini bergantung kepada berkesannya jentera yang menjamin pembiakan umat manusia.

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. "
 (An Nisa': 1)

Fungsi kekeluargaan tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga. 

"Hai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada apt neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.." (Al Tahrim: 6)

la merupakan hubungan kerohanian dan kasih sayang yang berpanjangan sepertimana firman Allah yang mafhumnya:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikan kami imam bagi orang orang yang bertaqwa."
 (Al Furqan: 74)

"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku orang orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a ku. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang orang mu'min pada hari hisab." (Ibrahim: 40-41)

Institusi keluarga Islam juga berfungsi untuk memperluaskan bidang kekerabatan di kalangan umat. Hubungan kekerabatan ini merangkumi berbagai bagai kumpulan di dalam masyarakat, antara keluarga keluarga, bangsa bangsa dan negara negara. Sabda Rasulullah yang membawa maksud:

"Ikatan perkahwinan itu (antara dua keluarga dan bangsa) menambahkan persaudaraan lebih daripada segala sesuatu." (Mishkat al Masabih)